Ekonomi

Sumber Ekonomi Kg.Maras-karas


Sabah merupakan negeri yang kaya dengan segala sumber alam, jika sumber alam ini digunakan dan di majukan dengan betul maka bangsa kita akan lebih maju berbanding negeri luar yang hanya berurusniaga import dan export sumber alam dari negeri jiran.

sumber ekonomi terdiri daripada beberapa kategori seperti pertanian, penternakan, urusniaga, dan penjawat am dan swasta. semua ini adalah rutin kehidupan harian yang kita semua akan lalui suatu hari kelak.

Antara Sumber ekonomi yang berpotensi untuk dibangunkan di kg.Maras-karas.

1.Pertanian Padi.

Penanaman padi biasanya dilakukan pada bulan 15 jun setiap tahun di kg.maras-karas.Padi yang ditanam terdiri dari pelbagai jenis dan jangka matang yang berbeza-beza.Penanaman padi biasanya dilakukan sekali dalam setahun sahaja dan tanaman ini untuk kegunaan sendiri sahaja.

jika para penduduk bersatu hati menanam padi 2 kali atau 3 kali setahun,secara tidak langsung akan mewujudkan urusniaga pertanian padi.padi yang ditananm luar musim boleh dijual kepada lembaga padi atau mana-mana organisasi yang memerlukan. Menurut kajian pada tahun 2016 , Malaysia mengimport padi dari china dan Thailand setiap bulan kerana Malaysia kekurangan sumber beras.

sebanyak 1 juta tan beras di import dari Negara jiran setiap bulan untuk menampung keperluan rakyat Malaysia. Ini bermakna pertanian padi masih mempunyai peluang yang luas untuk dimajukan.


Kawasan sawah padi, pemandangan dari arah polumpung



2.Pertanian sayuran

sayuran merupakan keparluan asas harian bagi semua manusia.Biasanya kita tidak Nampak apa-apa peluang yang terbentang luas depan mata kita sendiri iaitu keluasan Tanah untuk tanaman sayuran atau apa-apa sahaja yang boleh menghasilkan kewangan.

Tambunan berada di kawasan yang mempunyai iklim yang sesuai untuk pertanian iaitu hujan dan kemarau yang berselang seli.

Pertanian sayuran


3.Penternakan ayam dan itik

Kegiatan menternak ayam dan itik adalah hobi yang biasa kita lihat, kesemua penduduk mempunyai ternakan ungags. sekiranya penternakan ini di majukan dengan cara yang betul, secar tidak langsung akan mewujudkan urusniaga penternakan. ayam mempunyai permintaan tinggi di kawasan Bandar terutamanya pengusaha restoran kerana ayam kampung lebih sihat dan terjamin berbanding ayam daging.

Harga ayam kampung biasanya Rm 18 sekilo di tamu tambunan manakala itik pula Rm 10 seekor. ini merupakan peluang besar dalam penternakan kerana penduduk semuanya mempunyai kawasan Tanah yang luas untuk penternakan unggas.

Reban ayam yang dibina dikawasan kebun


4.Penternakan Lembu dan kerbau

Lembu dan kerbau merupakan haiwan yang senang dan mudah diternak kerana tidak memerlukan kos yang tinggi. lembu dan kerbau hanya makna rumput dan cuma perlukan kawasan yang luas untuk meragut rumput. Berlainan dengan ayam dan itik yang perlu diberi makan padi dan Baja setiap hari.permintaan lembu sangat tinggi di musim perayaan terutamanya pada musim hari raya.




5.penternakan ikan air tawar

ikan juga merupakan sumber pendapatan yang sangat tinggi kerana ikan juga merupakan keperluan kita semua. ikan senang diternak kerana cuma perlukan kolam dan air, dan penduduk kg.Maras-karas cukup beruntung kerana mempunyai sumber air sungai yang besar untuk kegiatan penternakan ikan.

sawah padi yang tidak digunakan selama 6 bulan selepas menuai boleh dijadikan kolam sementara untuk ikan Talapia, Haruan, ikan puyu (keruk) kerana ikan ini cuma perlukan 3 bulan untuk matang.
kolam penternakan ikan air tawar

6.Penternakan ikan sungai (pelian)

ikan kelah atau pelian boleh diternak tanpa apa-apa kos kerana kg.maras karas berada di tepi sungai yang besar dan sudah mempunyai pelbagai jenis ikan sungai semulajadi. ikan sungai tidak perlu diberi makan kerana ikan sungai memang semula jadi pandai cari makan.Apa yang perlu ialah cuma menjaga sungai ( Tagal ), bagi tujuan pembiakan ikan selama beberapa bulan atau tahun.

setelah ikan sungai sampai tempoh matang, ikan-ikan ini boleh dijual kepada penduduk atau orang luar bagi sumber kewangan kampung maras-karas. selain itu, para penduduk boleh menternak secara suntikan untuk ternakan komersial. Ternakan komersial ini merupakan kaedah yang paling maju di kawasan semenanjung.
Ikan Pelian yang diternak di sungai tagal kg.Maras-karas pada tahun 2016


7.Kawasan pelancongan

sungai merupakan aset utama dalam pelancongan kerana para pelancong biasanya akan mencari kawasan sungai untuk aktiviti riadah. antara daya tarikan sungai maras-karas ialah kepelbagaian jenis ikan sungai,kedudukan sungai yang lurus sepanjang jalan raya, paras air yang tidak terlalu dalam dan senang untuk melihat ikan dalam sungai.

sekiranya dimajukan dengan betul, sungai maras karas berpotensi untuk bersaing dengan sungai tagal yang lain.Paras air dan kederasan air bukan alasan kerana ikan tidak memilih sungai.