Perancangan sungai Tagal Maras-karas
Pendahuluan
Perancangan
memajukan sungai iaitu memulihara alam semulajadi yang berada di sekitar sungai
dan juga menjaga sungai ( tagal) yang bertujuan sebagai pusat pelancongan.
Disamping itu juga, sungai ini akan mamberikan manfaat kepada penduduk kampung
dari segi kewangan dan tarikan dari orang luar
iaitu pelancong-pelancong dari luar negeri.
Daya tarikan di sungai maras-karas.
1.ikan
sungai yang berbagai jenis
Ikan sungai
berbeza dengan ikan peliharaan di kolam, ini kerana ikan sungai adalah jenis
ikan iar deras yang boleh membiak di arus deras manakala ikan peliharaan di
kolam tidak akan membiak di arus deras.Ikan sungai mempunyai bentuk yang
menarik dan pelbagai jenis, ia jarang ditemui bagi orang-orang yang jauh dari
sungai.
2.kecantikan
sungai dengan batu-batu yang timbul.
Kedudukan
batu-batuan yang besar di sepanjang sungai melambangkan kewujudan sungai yang
semulajadi dan bukannya sungai buatan ataupun parit dari sawah. Biasanya batuan
sungai akan menjadi daya tarikan orang luar berkunjing ke sungai keran batu
besar merupakan tempat mereka duduk melepak atau beristerihat sambil melilat
pemandangan sungai dan mandi-manda.
3.Jambatan
gantung yang merentasi sungai.
Jambatan
gantung juga merupaka satu daya tarikan walaupun ia Cuma laluan bagi kita,tapi
jika orang luar yang datang melawat pastinya meraka aka mencuba untuk
menyeberangi jambatan yang merentasi sungai. Mungkin boleh juga ditambah
beberapa daya tarikan di setiap jambatan seperti tanaman bunga yang menarik di
penghujung jambatan.
4.air
sungai yang bersih,jernih di musim kemarau.
Setiap tahun
pastinya ada musim kemarau dan kemarau ini membantu menjernihkan air sungai
kerana tiadanya banjir besar yang menyebabkan air sungai menjadi keruh (
kabut). Apabila air sungai jernih,maka memeudahkan kita melihat ikan-ikan yang
ada di sungai tagal.
5.kedudukan
sungai yang strategik iaitu sungai tagal yang lurus 500 meter.
Biasanya
sungai mempunyai bentuk yang berliku-liku,tetapi sungai di maras-karas lurus
hampir 500 meter. Memudahkan kita untuk menjalankan apa-apa aktiviti seperti
memancing dan memudahkan kerja menjaga tagal.
6.
aktiviti Rafting
Rafting
merupakan permainan yang lasak bagi orang luar, dan sungai maras-karas mungkin
boleh dijalankan aktiviti rafting di musim air deras. Rafting belum ada di
tambunan dan buat pertama kalinya percubaan rafting pada tahun 2013 di sungai
kaingaran hingga dalungan yang dilakukan oleh pihak Tambunan inn yang diketuai
oleh ( Andro Anjelious)
Pembentukan Ahli Jawatankuasa Tagal
1.AJK tagal
( menjaga Tagal)
Penjaga
tagal akan bertukar shif untuk menjaga sungai pada watu malam dan hanya pada
ketika sungai surut di musim kemarau.
2. AJK
kebersihan Tagal
Ahli jawatan
kuasa (AJK) kebersihan akan dibentuk bertujuan mengekalkan kebersihan dan
kecantikan semulajadi sepanjang sungai tagal.
Kebersihan dan keceriaan sepanjang
sungai.
Apa yang
perlu ialah mencantikkan pemandangan sepanjang sungai dengan cara memebersihkan
tebing sungai,memotong rumput dan menanam bunga atau pokok yang sesuai di
tebing sungai.
Mengubahsuai sungai sepanjang tagal
Pengubahsuaian
sungai bertujuan untuk menakung ikan supaya ikan-ikan tiadak hanyut apabila
sungai banjir dan juga mudah untuk kita memberikan ikan makan supaya makanan (
baja ) tidak hanyut oleh air deras. Pengubahsuaian sungai juga bertujuan untuk
penambah baikan iaitu mencantikkan kawasan sepanjang sungai,menghasilkan
pemandangan yang cantik dan menarik.
1.
Pembentukan lubuk ( liwotung)
Lubuk ikan akan dibina dengan kedalaman 4 kaki dari paras aliran air
sungai yang surut pada musim kemarau dan hanya 3 sahaja lubuk akan di bina
sepanjang sungai tagal.
keluasan lubuk ialah 30 kaki dengan kedalaman 4 kaki bergantung keadaan
tempat pembinaan. Kerja pembinaan lubuk ini memerlukan jentera untuk mengorek
batu-batu sungai.
Hanya 3 saja lubuk (liwotung ) yang akan dibina kerana untuk mengekalkan
keadaan semulajadi sungai. Jika sepanjang sungai dikorek dalam menjadikan
(liwotung) maka keindahan sungai sudah
hilang,ia seolah-olah parit dan bukan sungai kerana sungai haruslah mempunyai
batuan manakala parit tiada batuan semulajadi.
2.
Pembentukan banteng
Benteng bermaksud empangan yang kecil dibina dari susunan batu-batu besar
dari sungai dengan ketinggian 3 kaki dari paras air surut pada musim
kemarau.benteng ini akan dibina lebih banyak daripada lubuk (liwotung) kerana
banteng ini Cuma susunan batu bukan dikorek.
Jarak pembinaan banteng ialah setiap 50 kaki bergantung keadaan
sungai.Benteng ini dibina banyak bertujuan menahan impak banjir apabila musim
banjir tiba.Apabila musim kemarau tiba,banteng ini akan menakung air seperti
kolam dengan kedalaman 3 kaki
sahaja,kerana di samping itu juga kita harus mengekalkan keadaan
batu-batan yang besar sentiasa timbul.
Batuan yang timbul merupakan salah satu daya tarikan pengunjung
luar,kerana batu-batu besar yang banyak melambangkan sungai yang semulajadi.
Ikan-ikan sungai biasanya banyak di kawasan batu-batu besar ini kerana batu
merupakan tempat tinggal semua jenis ikan.
3.Pembikinan Kawasan Riadah
Kawasan riadah bermaksud kawasan untuk piknik dan mandi-manda dan kawasan
ini haruslah berada di kawasan yang mempunyai tebing yang luas untuk orang
ramai beristerihat.kedudukan yang sesuai mungkin di kawasan balairaya kerana
mempunyai kemudahan tandas dan juga tempat untuk tukar pakaian.
kasawan ini haruslah ditagal dan tiada istilah buka tagal kerana untuk
memelihara ikan supaya ikan dapat membiak dan membesar.ikan-ikan di kawasan
beriadah ini adalah daya tarikan yang paling utama kerana tempat ini akan di
kawal dan untuk mandi-manda.
Aktiviti memancing
Aktiviti memancing
merupakan trend baru zaman sekarang kerana dimana-mana pun ada kegiatan
memancing. Pertandingan memancing akan dijalankan disungai maras-karas memgikut
prosedur atau peraturan memancing. Aktiviti memancing ini mendatangan hasil
yang cukup lumayan kepada tabung kampung maras-karas. Disini ada disertakan
contoh aktiviti memancing:
1.Yuran penyertaan bagi setiap
pemancing akan ditetapkan oleh pengerusi tagal contohnya Rm 50 setiap peserta
dan hadiah keseluruhan mungkin dalam anggaran Rm 500.
Contohnya:
Yuran penyertaan: Rm 50
Hadiah pertama Rm 300
Hadiah kedua Rm 200
Hadiah ketiga Rm 100
Sekiranya peserta yang hadir
berjumlah 50 orang maka hasilnya ialah Rm 2500,hanya 8 jam sahaja pertandingan
dilangsungkan iaitu dari jam 6 pagi hingga jam 2 petang dan kampung maras-karas
suda mendapat Rm 2500.
Dan jika yuran penyertaan ini masih
dapat menampung untuk hadiah saguhati atau apa-apa acara selepas itu.
Saguhati akan mendapat hadiah Rm 10
setiap orang yang mendapat ikan, dan juga hadiah kepada pemenang ikan paling
ringan mungkin Rm 50.
Tempat memancing ialah
sepanjang sungai tagal dari balairaya sampai sempadan toboh.pada masa
itu,setiap AJK tagal akan menjalankan tugas iaitu menjaga peserta yang
memancing.
Aktiviti memancing akan
di langsungkan pada musim cuti umum dan bergantung kepada keadaan cuaca,jika
sungai banjir maka aktiviti akan dibatalkan secara serta-merta dan akan dituda
ke hari seterusnya.
Aktiviti Lawatan Tagal
Lawatan dari orang luar
juga mendatangkan faedah atau manfaat kepada penduduk kampung.para pengunjung
mungkin tidak dikenakan apa-apa yuran untuk melawat tagal,tetapi mereka akan
membeli baja ikan yang disediakan untuk memberikan makan kepada ikan-ikan
sungai.makanan atau baja dari luar adalah dilarang sama sekali bagi mengelakkan
ikan-ikan sungai keracunan makanan yang tidak sesuai.
Selain dari pelancong
luar, sekolah jiga biasanya akan mengadakan lawatan ke tempat-tempat yang
menarik dan secara tidak langsung sungai tagal maras-karas mungkin salah satu
tempat persinggahan.
Kaunter pendaftaran
Kaunter pendaftaran ialah
balairaya,ataupun boleh juga membina ponok kecil yang berasingan dengan
balairaya supaya tidak menggangu aktiviti balairaya.mungkin juga boleh
menggunakan pondok tagal sebagai kaunter pendaftaran maka pondok penjaga tagal
haruslah di bina dengan kesesuaian yang dirancang.
Kemudahan parking kereta
Kawasan parking pula
ialah sepanjang sungai dan juga kawasan balairaya.selai itu juga mungkin kita
boleh membuat permohonan pembaikan jalan untuk meluaskan jalanraya dan juga
tebing seberang perlu diluaskan untuk keselesaan para pengunjung. Kawasan
parking yang luas ialah berdekatan empangan.
Pembinaan pondok kecil
Pondok akan dibina
sepanjang sungai tagal tetapi hanya 4 sahaja pondok yang layak kerana untuk
menjaga kecantikan keadaan sungai,jika terlalu banyak pondok maka akan jadi
seperti rumah setinggan tepi sungai. Pondok yang dibina bertujuan untuk
persinggahan para pengunjung yang datang melawat tagal dan juga akan jadi (
chek Point ) persinggahan penjaga tagal.
*Pembinaan Mini dewan
Mini dewan akan dibina
apabila aktiviti sungai tagal berjaya dilaksanakan. Lokasi yang sesuai ialah
kawasan empangan.
*Home Stay
Home stay juga perlu bagi
pengunjung luar yang datang untuk aktiviti riadah di sungai tagal maras-karas.
Lokasi pembinaan homestay yang dicadangkan ialah berdekatan empangan.
Manfaat kepada Ahli jawatankuasa yang terlibat.
Setiap ahli jawatankuasa
tidak mempunyai gaji bulanan atau harian,tetapi akan diberikan gaji atau
ganjaran apabila ada aktiviti memancing
dan aktiviti lawatan pelancong luar.dengan cara ini,kita sama-sama dapat
menarik dan mempromosikan sungai maras-karas di mata orang luar.
Apabila sungai suda maju
dan banyak mendatangkan hasil kewangan maka system akan dinaikan taraf iaitu
kesemua ahli jawatankuasa yang terlibat akan diberikan gaji harian atau bulanan
kerana ahli jawatankuasa yang terlibat akan berkerja sepenuhnya dalam bidang
ini iaitu pemaju kampung maras-karas dalam bidang pelancongan.
Pelan lokasi sungai tagal maras-karas
| |||||||